Kenapa Kita Melahirkan Anak?
Keindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan
yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan
menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih
saya mereka selama ini.
Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat.
Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat :
1. Amanah – anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.
2. Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.
3. Penawar – anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.
4. Keseronokan – kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.
5. Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.
6. Bukti Kesuburan Suami Isteri – kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.
7. Penyambung – anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.
8. Pembantu – anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.

tp,aderke org yang kawen xmo anak????xder kot.....
anak itu rezeki dari ALLAH....
setiap anak ader rezekinyer masing2 ALLAH dah tetapkan....